Wednesday 4 May 2011

Profail Klinik Homeopathy And Acupuncture Aisha-AS-SAADAH

  • Klinik Aisha Homeopathy and Acupuncture telah ditubuhkan pada tahun 1990. Seorang yang berpengalaman dalam merawat penyakit2 wanita dan kanak2,  Dr. Aisha Daud, yang berkelulusan A.D.Hom(Msia), D.H.T(Italy), Gynaecology Study (Pak), D.H.T(Pak), D.Ac(Msia),Ahli IHML(Geneva),MRHP(Msia),  telah ditauliahkan menjadi seorang doktor Homeopathy dibawah kelolaan Prof. Sir. Dr. Nik Omar iaitu seorang pakar dan pengasas Homeopathy terkenal di Malaysia.
  • Beliau telah menjalani latihan teori & praktikal selama 7 tahun dibawah pengawasan Prof Sir.Dr. Nik Omar Nik Daud dan beberapa professor yang lain termasuk Prof. Dr. Sajjad Khan serta Prof. Dr. Mohd Nasir Mohd Zain dan beberapa prof lain. Setelah tamat latihan praktikal dengan cemerlangnya, Fakulty of HomeopathyMalaysia telah menaja beliau untuk melanjutkan pengajian di Hospital Elissabetta, iaitu hospital Homeopathy terbesar di Rome, Italy pada tahun 1988 di bawah kelolaan Prof Dr Antonio Negro.
  • Beliau juga mendalami ilmu Homoeopathic Therapeutics and Gyneacology di Homeopathic Colledge and Hospital Lahore, Pakistan pada tahun 1991 di bawah kelolaan beberapa proffessor termasuk Prof Dr Asma daripada faculty of gyneacology study dan prof anuar dan beberapa orang lagi daripada the faculty of homeopathic study.1
  • Selain itu beliau telah berkhidmat selama beberapa tahun dengan Prof Sir.Dr. Nik Omar di klinik cawangan Kota Bharu, Kg Baru (Kuala Lumpur) dan di Pulau Pinang.
  • Selepas 7 tahun berpengalaman dalam merawat pesakit wanita dan kanak2, beliau mencari satu kaedah yang boleh digunapakai untuk wanita mengandung dari kandungan 1 bulan sehingga selepas bersalin. Dengan pengalaman yang ada, beliau mencetuskan kaedah pemakanan Homeopathy ibu hamil yang diperkenalkan dengan nama Assaadah, iaitu yang membawa maksud "KEBAHAGIAAN". 
  • Hatta pada tahun 1994, semasa mengandungkan anak ketiga ketika berada diEngland. beliau telah membuat kajian keatas diri beliau sendiri, iaitu sepanjang tempoh mengandung di England, yang cuacanya begitu sejuk sekali kerana hampir kepada musim winter. Cergas sepanjang hari walau kerap menghadiri majlis-majlis yang di anjurkan oleh penuntut-penuntut malaysia di United Kingdom.
  • Alhamdulillah kesan daripada pemakanan tambahan ini tiada kekejangan otot atau lenguh2 sendi. Pada tanggal 22 Oktober 1995, beliau selamat melahirkan anak ketiganya dengan mudah tanpa sebarang komplikasi di Hull Maternity HospitalEngland.
  • Beliau juga telah mengunakan set selepas bersalin Assaadah semasa dalam pantang dan mendapati kesannya sememangnya hebat kerana selepas 2 minggu bersalin beliau sudah menjelajah ke Scotland iaitu membuat lawatan sambil belajar ke Hospital Homeopathy di Glasgow, dengan memandu kenderaan sendiri. Oleh yang demikian, beliau mempunyai sebab yang kukuh untuk menghasilkan dan memperkenalkan produk ibu hamil Assaadah kepada ibu mengandung, demi untuk ibu2 mengandung dan bayi dalam kandungan mencapai tahap kesihatan yang memuaskan sepanjang tempoh kehamilan sehingga lepas bersalin. Produk yang berkualiti suci dan berkesan tanpa unsur dadah atau bahan kimia terlarang. Beliau dahulunya (pada tahun 1990) membuka klinik sendiri bertempat di Kelana Jaya, Petaling Jaya, kini telah membuka klinik di NO 321A, JLN BANDAR MELAWATI, MELAWATI SQUARE, TMN MELAWATI, 53100, KUALA LUMPUR.

  • COPY FROM DR AISHA WEBSITE(PENGASAS AS-SAADAH)

No comments:

Post a Comment